Sholat tapi BERZINA??
Bismillahirahmanirrahim..
Smart-Thinking-Simple - Pernahkah kalian mendengar tentang seseorang yang sangat suka akan solat, tidak pernah ia meninggalkan solat tanpa sebab dan musabab yang tidak munasabah. Ana pasti masih ada golongan seperti ini di luar sana,in shaa Allah. Wahai para sohabat sekalian, orang yang mendirikan solat ini kebiasaannya ia orang yang baik, baik dari segi apa? tingkah laku,pemakaian, percakapannya dan hati nya yang baik. Tetapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya, Desawarsa ini wahai sohabat yang dikasihi sekalian, sering ana lihat anak anak remaja Melayu yang sudah hilang keislaman dan keagamaan nya. Ana pergi ke pusat membeli belah, ternampak pula pusat anak anak remaja perempuan Melayu yang sengaja nak bagi nampak tanpa mereka merasa segan silu! Hal hal seperti ini yang akan membawa kepada zina.
Kebanyakan mereka dan ana sendiri akan berfikir, "mereka ini pasti tidak solat". Kenapa kita usulkan persoalan berkenaan dengan solat? Kerana sudah tercatat di dalam surat cinta Allh swt,Al-quran bahawa seorang muslim itu diwajibkan keatasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Tidak banyak pun, maximun 4 rakaat. Menari gangnam style terkangkang boleh, solat 4 rakkat tak boleh?!. Solat itu tiang agama, tidak sempurna seseorang muslim itu jika ia tidak mendirikan solat. Tapi sayang seribu kali sayang. Akhir zaman ini, semakin ramai yang berzina, bahkan remaja perempuan yang bertudung sekali! Paling menyedihkan, mereka yang solat tidak tinggal pun sudah berani melakukan Zina dengan bercouple, apabila sudah bercouple, PASTI akan melakukan zina! Menipu lah kalian jika kalian katakan bercouple itu tak pernah dating, jauh macamana pun sang lelaki dan perempuan, parti akan bertemu juga, di Times Square, MIdvalley,The Mines,Pavillion, dan berbagai lagi tempat asalkan boleh!
Perempuan(P) yang bersolat, bercouple dengan lelaki(L) yang sangat liat mendirikan solat. Si P memasang niat agar dapat mengubah si L kepada yang lebih baik. selepas beberapa bulan, lihatlah siapa yang berubah. A=Si P berjaya memasukkan Si L ke arah niat sucinya itu, ataupun B=Si P telah pun sama sama tenggelam dalam kata kata hangat cintan si L. jawapan pastilah B. Kerana para ulamak telah berkata:
" perempuan yang tak solehah dan solehah digalakkan berkahwin dengan lelaki yang soleh,"
mengapa? kerana lelaki itu bersifat pemimpin, buka perempuan. Jika kalian membaca buke Women Are from Venus, Men Are from Mars, penulis buku tersebut ada menyatakan,
"Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 emosi, manakala perempuan mempunyai 1 akal dan 9 emosi"
terbukti disini bahawa lelaki lebih layak memimpin kerana mereka kebiasaanya akan membuat keputusan dengan rasional berbanding perempuan yang terlalu keEMOSIan apabila membuat keputusan.Perempuan itu sifatnya lemah lembut, jadi apabila dirayu oleh lelaki yang mereka sayangi, hati yang sekeras batu nisan pun akan cair menjadi bancuhan simen semula.
Alkisah, pada suatu hari datang seorang ukhty yang sangat cantik rupawan ke arah ana, ia bertanya,
" saya ini tidak pernah meninggalkan solat tanpa sebab yang munasabah, tapi saya bercouple dan saya telah banyak melakukan maksiat dan zina. Saya berazam dan berjanji akan bertaubat satu hari nanti, bolehkan?"
Sambil tersenyum ana menjawab,
"boleh jika enti ikhlas, insaf dan berazam tidak melakukannya lagi. tapi bilakah enti akan bertaubat? bila enti sudah berpisah dengan kekasih enti kah? Jika Allah tarik nyawa enti sebentar lagi, malam nanti ataupun esok, bagaimana? sempatkah enti bertaubat?"
Ia tersentak lalu termenung. Setelah beberapa saat berdiam diri, ukhty tadi meminta diri dan mengucapkan terima kasih atas jawapan ana. Ia berlalu dengan wajah yang seakan akan memikirkan sesuatu yang sangat berat.
Semoga ukhty tadi akan diberikan oleh Allah swt hidayah untuk membuat keputusan yang pintar. Semoga ia akan bertaubat sebelum jasadnya dipisahkan daripada roh. Amin Ya Rabb.
0 Response to "Sholat Tapi Masih BERZINA ??"
Post a Comment